Tag: sekolah
Pengetua sekolah ditahan bantu siasatan kes cabul
Polis menahan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu di sini bagi membantu siasatan berhubung kes cabul dan gangguan seksual yang berlaku sejak Januari hingga hujung bulan lepas.
Tutup buka sekolah selepas perbincangan mendalam dengan pelbagai pihak
Keputusan untuk membuka atau menutup semua sekolah di negara ini dibuat oleh pengurusan kanan Kementerian Pendidikan serta mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara.
SOP di sekolah baik dengan tahap pematihan yang tinggi – Radzi
Radzi sempat melawat dua buah sekolah hari ini dan mendapati ibu bapa juga mematuhi garis panduan yang ditetapkan dengan hanya menghantar anak-anak hingga ke pagar sekolah sebelum mereka dibawa masuk ke kelas oleh guru masing-masing.
Bomba Zon 4 Selangor sanitasi 16 buah sekolah rendah, menengah
Sejak pemakluman pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pembukaan sekolah-sekolah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, JBPM menerima beberapa permohonan pelaksanaan sanitasi di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Bilik Darjah Jadi Sasaran Nyahkuman di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana #BOMBA
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah menjalankan kerja-kerja nyahkuman di sekitar kawasan bilik darjah sebagai langkah persediaan menjelang pembukaan semula sekolah pada 1 Mac ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2021.
Separuh pengusaha bas sekolah tukar kerja
Selepas mengalami tempoh setahun tanpa pendapatan, separuh pemandu bas sekolah telah bertukar kerja untuk meneruskan kehidupan.
Kerajaan benar rentas negeri untuk hantar anak balik asrama
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan mana-mana pihak mengadakan mesyuarat, insentif, persidangan, pameran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pakai pakaian sesuai jika tiada baju seragam – KPM
KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka
Keputusan ‘flip-flop’ yang menyusahkan rakyat?
Siapalah tak marah macam ni? Penat tau nak siapkan semua ni dalam masa tak sampai 2
bulan. Kebanyakan persiapan pembelajaran adalah inisiatif guru sendiri. Dah keluar arahan buka sekolah, memang tak boleh buat apa lah. Kena la ikut juga. Nanti
kalau tiba-tiba disuruh tutup sekolah, pun kenalah ikut juga. Yang kita marah, keputusan kementerian ni amat flip-flop dan mengejut.
KPM perlu kurangkan kuasa, biar PIBG uruskan sekolah – Pensyarah
Anuar berkata, pandemik Covid-19 banyak menyaksikan kelemahan KPM dalam mengendalikan isu-isu pendidikan dan ia masih berlarutan sehingga hari ini.