Tag: SPR
Mesyuarat khas PRN Melaka Isnin depan – SPR
Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 akan diadakan pada 10 pagi, Isnin depan (18 Okt) di Melaka.
SPR terima pemakluman pembubaran DUN Melaka
Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh enam puluh hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.
Semakan pra-pendaftaran pemilih mulai 1 Oktober ini – SPR
Mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.
SPR diarah laksana Undi 18 menjelang Disember patuhi keputusan mahkamah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mahkamah Tinggi arah SPR laksana Undi 18 menjelang akhir tahun ini
Siew berkata, mahkamah turut mendapati bahawa adalah tidak masuk akal bermula dari 2019 hingga 10 Mac 2021, responden berulang kali menyatakan bahawa mereka di landasan yang betul untuk melaksanakan Seksyen 3 menjelang Julai 2021 namun dua minggu kemudian pada bulan sama, mendakwa bahawa pelaksanaannya hanya boleh dilakukan paling awal pada September 2022.
PRK DUN Melor tidak akan diadakan – SPR
Berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 yang berkuat kuasa pada 11 Januari hingga 1 Ogos dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, peruntukan Perlembagaan mana-mana negeri berhubung pilihan raya bagi pemilihan DUN tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.
SPR terima notis tamat tempoh DUN Sarawak
Menurut beliau, memandangkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa maka Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ditangguhkan.
Undi18 bukti kesungguhan kerajaan martabatkan golongan muda
SPR masih meneliti beberapa perkara termasuk dari segi perundangan yang memerlukan pindaan dan penambahbaikan kerana pilihan raya mempunyai banyak undang-undang, termasuk Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta Pilihan Raya dan peraturan mengenai perjalanan pilihan raya.
PRK DUN Melor ditangguh – SPR
SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Datuk Haji Abdullah Bin Yakub, Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 3 Mei 2021, berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi. - Datuk Ikmalrudin Ishak.
Undi 18 dijangka dilaksana tahun ini – Takiyuddin
Beliau berkata, ketika ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meneliti beberapa perkara sebelum dimuktamadkan dan menjangkakan ia dapat dilaksanakan Julai ini sekali gus akan membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.