Friday, November 15, 2024
Home Tag SST

Tag: SST

Harga kenderaan naik jika laksana SST

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membayangkan harga jualan kenderaannya akan meningkat jika kerajaan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pelaksanaan SST semula akan wujudkan ketidaktentuan harga barangan

Desmond menjelaskan ketidaktentuan dalam penetapan harga yang wujud daripada langkah ini hanya sebahagian kecil daripada kebimbangan yang lebih besar, yang termasuk perdagangan rentas sempadan dan harga pemindahan daripada transaksi antara syarikat.

Kembali kepada SST adalah mengarut – Kastam

“Ia mempunyai potensi besar dari segi perolehan dan tidak munasabah untuk kembali semula kepada SST yang tidak boleh digunakan untuk ekonomi baharu,” kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam sambil menambah GST telah dilaksanakan kepada lebih 160 negara tetapi tiada satu negara pun yang mengambil langkah kebelakang kembali kepada sistem percukaian lama.-

Pembangkang jangan tipu rakyat ganti GST dengan SST – Najib

Najib menjelaskan bahawa SST yang mahu diguna pakai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.