Wednesday, November 27, 2024
Home Tag Suhakam

Tag: Suhakam

Bersatulah bendung Covid-19 – Suhakam

Bahaya pandemik Covid-19 di negara ini masih berlanjutan dan keadaan memerlukan kerjasama dan usaha oleh semua pihak untuk memerangi wabak tersebut.

Keadaan Covid-19 belum ancam keselamatan negara – Suhakam

Oleh itu, kata Suhakam, pengisytiharan darurat yang dicadangkan dengan tujuan untuk membendung Covid-19 adalah tidak mengikut Perlembagaan dan tidak boleh dijustifikasikan terutamanya apabila orang ramai telah mematuhi perintah kawalan pergerakan dan prosedur operasi standard.

Lindungi hak rakyat untuk dapatkan air bersih – Suhakam

Kejadian yang berulang dalam jangka masa yang singkat mencerminkan keseriusan isu ini dan kerajaan diseru untuk mengambil langkah-langkah segera bagi melindungi kesihatan awam dan persekitaran.

Suhakam anggap Vui Keong pemimpin perjuang hak asasi

Suhakam menganggap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merealisasikan pelbagai pembaharuan undang-undang, termasuk pemansuhan hukuman mati mandatori, pengenalan undang-undang baharu mengenai hak kepada maklumat dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis.

Pusat mengundi PRN Sabah tidak mesra OKU – Suhakam

Beberapa pusat mengundi didapati tidak mesra OKU (Orang Kelainan Upaya) yang mana saluran mengundi untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita hamil tidak ditempatkan di tingkat bawah dan mereka perlu menaiki tangga; longkang di sekitar laluan ke saluran mengundi tidak bertutup.

Suhakam pantau PRN Sabah

Sehubungan itu, Suhakam mengalu-alukan maklumat daripada para pengundi berhubung segala bentuk pelanggaran peraturan pilihan raya dalam tempoh proses pilihan raya negeri .

Segerakan RCI salah laku hakim

Dakwaan yang dibuat dalam afidavit tersebut, jika terbukti benar adalah pelanggaran yang serius terhadap hak asasi manusia dan kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya kesamarataan di sisi undang-undang dan perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang untuk semua, kata Suhakam.

Kilang cemar sungai perlu dikenakan penalti lebih berat – Suhakam

Pencemaran air yang berulang sejak bertahun lalu seringkali mengakibatkan gangguan bekalan air memberikan pelbagai cabaran kepada rakyat di negara ini untuk mendapatkan bekalan air bersih terutamanya mereka yang tidak mampu untuk membeli air botol sementara menunggu bekalan air pulih.

Hukum ibu bapa yang cuai – Suhakam

Kata Nor Aziah, walaupun undang-undang yang melindungi kanak-kanak dari pengabaian, kecuaian atau penganiayaan telah wujud dan membawa hukuman berat namun ibu bapa dan penjaga dilihat masih cuai dalam memberi perlindungan dan penjagaan kepada anak masing-masing.

Segerakan keluarkan laporan RCI tragedi Wang Kelian

Menurutnya, keadilan perlu diberikan kepada yang telah terkorban tanpa mengira siapa pun mereka.