Saturday, November 16, 2024
Home Tag T-1

Tag: T-1

Dua anak harimau T-1 diburu

Kebimbangan itu selepas ibu kepada dua anak harimau itu - yang digelar T-1 telah ditembak mati selepas dua tahun pemburuan. T-1 yang berusia enam tahun itu dibunuh selepas membaham 13 orang mangsa. Renjer-renjer berharap dua ekor anak T-1 itu dapat ditangkap sebelum ia menjadi ancaman kepada manusia, kata AK Misra,, Ketua Konservasi Hutan Maharashtra. Misra percaya, dua anak harimau itu meneruskan kelangsungan hidup dengan memburu haiwan lain di hutan Yavatmal. "Tetapi kawasan itu bukan taman negara atau hutan sebenar. Ia mungkin akan keluar ke penempatan manusia dan memberi risiko bahaya kepada penduduk," katanya. Menurutnya, agensi perhutanan sedang menjejaki anak-anak harimau itu tetapi sukar dan mungkin mengambil masa. "Kami menunggu peluang menangkapnya dan berharap ia berjaya," katanya. Pemburuan T-1 mengambil masa dua tahun menggunakan lebih 100 perangkap kamera, kuda, kambing selain tentara. Malah, agensi kehidupan liar menggunakan berbotol-botol minyak wangi - Obsession for Men by Calvin Klein bagi menarik perhatian haiwan berkenaan. Pada Ogos lalu, harimau betina itu telah membaham tiga penduduk di Pandharkawada di daeah Yavatmal. - MalaysiaGazette