Tag: Tanjung Piai
Najib berterusan ‘menyakat’ Lim Guan Eng
Kita tunggu kenyataan Guan Eng waktu malam nanti. Tengok jika dia adalah kembar tiga atau kembar dua, - Datuk Seri Najib Razak.
PH dekati pengundi atas pagar, pujuk pengundi pulang tunai tanggungjawab
Ini satu perkembangan menggalakkan namun kami tidak boleh berpegang pada keadaan begitu sahaja kerana tempoh dua hari lagi sangat kritikal yang mana 12 peratus pengundi atas pagar sedang menunggu saat akhir untuk membuat keputusan mengundi calon parti mana antara enam orang bertanding. - Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pembangkang usul cabar tindakan SPR di Parlimen
Saya percaya tindakan ini dilakukan SPR, mungkin kerana melihat bahawa besar kemungkinan PH akan kalah jadi diperkenalkan peraturan menyusahkan ini bagi membantu kerajaan. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ditanya isu tersasul, Syed Saddiq bangkitkan isu Wee Jeck Seng
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menepis pertanyaan media untuk mendapatkan penjelasannya mengenai panggilan 'arwah' terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sadini di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun berkata beliau memberikan ceramah di Tanjung Piai selama setengah jam tentang isu-isu di situ namun apa yang dibangkitkan media hanyalah ucapan 10 saat tentang kesilapan beliau kepada Karmaine.
Rujuk polis, SPRM jika wujud rasuah melibatkan pemimpin semasa kempen
Mana mana pihak yang mendapati wujud elemen rasuah semasa kehadiran pemimpin kerajaan dan menteri Kabinet kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai boleh mengemukakan aduan terus kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Bahan kempen hasut, provokasi akan diturunkan serta merta
Bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah, perlu juga mendapat permit dari PDRM kerana ia juga merupakan suatu bentuk berkempen. - Datuk Azhar Azizan Harun.
PRK Tg Piai: Pemberian kad sim, saguhati RM1,000 dirujuk ke SPRM...
Setakat ini 31 laporan polis berkaitan kesalahan kempen dibuat dan tiga daripadanya telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana melibatkan unsur rasuah.
Kehadiran Tun M tarik sokongan pengundi
Kehadiran pemimpin utama itu juga akan membawa aura positif menarik keyakinan sokongan masyarakat dan pengundi Tanjung Pie sebab beliau bukan sahaja tokoh disegani dalam negara tapi juga di luar negara. - Karmaine Sardini.
280 pegawai, anggota polis undi awal hari ini
Sebanyak dua saluran dibuka untuk memudahkan proses undi awal untuk membolehkan anggota dan pegawai polis di Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas dan Kukup mengundi.
Tun M terdesak rayu pengundi Tanjung Piai hadir ceramahnya malam esok
Pengundi akan datang sendiri tanpa perlu dirayu sekiranya mereka masih lagi suka dengan Pakatan Harapan (PH).