Tag: ugut
Kena peras ugut RM10,000 kerana video aksi lucah
Pengadu percaya video lucah itu diperoleh oleh suspek daripada memori telefonnya dan pengadu diugut memasukkan wang ke dalam satu akaun bank atas nama seorang lelaki sekiranya tidak mahu video itu tersebar.
Banyak pekerja diugut majikan supaya datang bekerja semasa PKPD – Saravanan
Oleh itu, sekiranya para pekerja masih diarahkan oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja, aduan boleh disalurkan kepada KSM menerusi aplikasi Working
for Workers (WFW).
Polis Perak kesan suami isteri dakwa diperas ugut anggotanya
Beliau berkata, pihaknya telah mengunjungi kediaman suami isteri itu di sini, namun didapati kedua-duanya tiada di rumah berkenaan.
Seorang pegawai, 3 anggota IPD Batu Pahat lakukan pemerasan berdepan tindakan
Difahamkan, salah seorang daripada mereka telah memarahi pemilik kilang itu ekoran hanya diberi RM1,000
JSJK berkas 29 ah long membabitkan 4 sindiket
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, hasil siasatan mendapati kesemua sindiket itu aktif sejak pertengahan tahun 2017 dengan menawarkan pinjaman wang haram menerusi media sosial.
Kenalan ugut tembak kerana hutang
Hasil siasatan awal mendapati ugutan tembak itu dibuat terhadap mangsa berkaitan hutang.
MGNews : Datuk Pukul Pelanggan Mengaku Bersalah, Mohon Maaf Secara Terbuka
PETALING JAYA – Dua ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Majistret pagi ini atas tujuh pertuduhan membuat kekecohan dan memukul pelanggan sebuah restoran di Damansara...
Penjaga stor didakwa ugut “tunggu esok you mati”
PETALING JAYA, 20 Jan -- Seorang penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut seorang lelaki dengan mengatakan “tunggu esok you mati” pada minggu lepas.
Muhammad Daniel Shahrizan Majuka, 41, didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Mohd Razi Othman, 40, di kawasan Perindustrian Serdang, Serdang dekat sini, pada 6.30 petang, 13 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Chui Jing Hong yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan dua anak.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman Ahmad, 83, atau lebih dikenali sebagai Ayah Man, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, dekat sini, pada 11 pagi, 21 November 2020.
Polis cari pemilik akaun Facebook ‘Respati’
Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Respati' yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik, berbaur penghinaan serta ugutan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).