Tag: Zii Jia
Sukan Komanwel: Tindakan Zii Jia mengecewakan – Timbalan CDM
Monteiro berkata, kontinjen negara dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zii Jia dan hanya mengetahui tentang perkara itu menerusi video tersebut.
Piala Thomas: Tekanan tetap ada – Zii Jia
Malah, Zii Jia yang belum pernah berdepan pemain berusia 29 tahun itu, menjangkakan akan menempuh cabaran getir dalam usaha menjinakkan pesaingnya itu.
Usah tekan Zii Jia
Biarpun Zii Jia masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila, Filipina, Ahad lepas, Roslin beranggapan prestasi pemain perseorangan lelaki negara itu masih terumbang-ambing sejak memilih bergelar pemain profesional Januari lepas.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ke pentas final Kejohanan Badminton Asia
Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa petang ini, Zii Jia hanya memerlukan 36 minit untuk mengetepikan cabaran Hong Yang, dengan keputusan 21-11, 21-19.
Zii Jia, Daren mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia
Zii Jia terlebih dahulu dipaksa mengerah keringat apabila kalah pada set pertama 19-21, sebelum bangkit di set kedua serta set penentuan 21-14, 21-14, dalam perlawanan selama 59 minit itu.
Pemain perlu yakin capai sasaran di Piala Thomas – Zii Jia
Beliau berkata apa yang penting kini, beliau dapat menangani tekanan dengan lebih baik semasa berada dalam gelanggang, sekali gus yakin akan lebih konsisten dari aspek prestasi semasa siri kejohanan di Eropah pada Mac, yang berbaki hanya dua minggu untuk beliau membuat persiapan.
Zii Jia dedah hasrat jadi pemain profesional sejak setahun lepas
Zii Jia turut mengesahkan beliau bakal menubuhkan pasukannya sendiri yang berpangkalan di Malaysia dan bergerak sebagai pemain profesional, selain berjanji memberikan komitmen untuk mewakili negara di kejohanan penting seperti Piala Thomas, Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024.
Zii Jia buat rayuan kepada BAM
BAM dalam satu kenyataan berkata, badan induk itu akan meneliti rayuan pemain nombor lapan dunia itu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Faizal harap BAM, Zii Jia cari penyelesaian demi kepentingan negara
“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Pada hemat saya, isu di antara BAM dan Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendokong serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini," katanya.
Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain berasal dari Kedah berusia 22 tahun itu memastikan tempat lapan terakhirnya dengan mengetepikan Nguyen 21-16 untuk bertemu pemain pilihan kelapan, Kantaphon Wangcharoen dari Thailand.