Tag: Zulfarhan
Bicara kes bunuh Zulfarhan dilapangkan hari ini, empat tertuduh jalani kuarantin
Perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sepatutnya bersambung hari ini dilapangkan berikutan empat tertuduh dalam kes itu menjalani kuarantin akibat positif COVID-19.
Bicara kes bunuh Zulfarhan dilapangkan, empat tertuduh positif COVID-19
Perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sepatutnya bersambung hari ini hingga Jumaat ini dilapangkan berikutan empat tertuduh dalam kes itu positif COVID-19.
Kematian Zulfarhan bukan 100 peratus akibat kebakaran – pakar
Semasa disoal peguam Datuk Sri M.Ramachelvam, saksi pembelaan ke-19 itu berpendapat kematian Zulfarhan Osman bukan diakibatkan oleh 100 peratus dari kebakaran, tetapi ada unsur jangkitan yang lebih awal malah diterukkan lagi dengan keadaan kehilangan permukaan kulit akibat kebakaran.
Zulfarhan jerit, tarik kaki semasa ditekap seterika wap – tertuduh kelima
Tertuduh bersetuju dengan Julia bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa seterika wap itu berasap dan panas, namun tetap menekapnya di bahagian kaki Zulfarhan.
Mahkamah ditunjukkan cara seterika wap diguna pada Zulfarhan
Bahan bukti kes itu dibawa masuk ke mahkamah selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memohon untuk melakukan demonstrasi dan menerangkan tahap kepanasan seterika wap itu yang mempunyai suhu rendah, pertengahan dan paling tinggi.
Bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM diperintah bela diri
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Zulfarhan tidak mahu surat rujukan hospital, bantuan ambulans
"Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan," kata sumber kepada MalaysiaGazette.
Doktor tidak boleh sembarangan lapor penderaan orang dewasa
"Dalam akta penderaan kanak-kanak, doktor boleh buat laporan tapi tidak ada akta bagi penderaan orang dewasa. Kita tak boleh buat laporan sembarangan kerana jika mangsa tak mahu mereka boleh saman doktor yang membuat laporan itu," ujar Ahmad Shukri.
Beri pendengaran adil kepada doktor kes Zulfarhan – MMA
"Sekiranya kecederaan itu konsisten dengan sejarah yang dimaklumkan pesakit, maka, doktor itu mungkin tidak langsung mengesyaki sebarang perbuatan menyalahi undang-undang dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebahagian 32 pelajar UPNM didakwa di mahkamah hari ini
"Reman 32 suspek pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Dita untuk pertuduhan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.